WELCOME....!!!

when you feel bad about someone, remember the kind things they did for you :)

Sunday, December 6, 2015

2015

heyya, assalamualaikum.

12th july.

start internship kat company. KL. pergi sana memang kira tawakal dan redha habis. sorang sorang dan tak ada kawan. pernah cakap kat ibu, "takut bu. akak sorang nak kena survive dengan life kat kl" ibu, "insyaallah semua okay. :) "

tak lama lepas tu dapat tahu ada kawan multimedia dapat intern dekat area bangsar juga.

tak lama lepas tu dapat bilik sewa yang murah dan dekat dengan tempat kerja.

early august.

"ibu, doakan akak boleh buat kerja kat sini bu. susah ni" ibu,"insyaallah, amin"

tak lama tu, dapat settle kan project mysybersale. sebab, ada kawan tolong. ada kawan yang rajin explore.

december

"ibu, doakan akak. akak takut ni lecturer cakap project akak simple sangat" ibu,"iya, insyaallah boleh"

aku memang risau sangat2. duk tanya sana sini, macam mana ek kalau projek simple je. lulus tak eh. kena marah tak eh.

bila lecturer datang, semua smooth. dia tak sentuh langsung pasal projek tu simple ke apa ke. slide pun dia tak tengok.

even supervisor industry pun komen yang baik baik je pasal aku. 

all is well.

sebab? doa ibu.

kadang-kadang aku rasa apa aku buat tak sepadan dengan apa yang aku terima. kadang aku rasa aku memang tak boleh jawab paper tu masa exam. even aku cakap dengan kawan aku yang aku blank. dan sungguh aku tak tipu. aku dapat rasa aku tak kan dapat A pun. last last tengok aku dapat A+ lagi. 

doa tu senjata. kalau doa seorang ibu? lagi la kan. dan, kena selalu percaya yang allah tu ada. allah tahu kita takut, allah tahu kita susah. allah tahu apa terbaik. mintak, allah suka. dan, apa yang keluar dari mulut kita, doa. always tell myself, kau nak benda tu jadi ke amalina? taknak kan? then, shut your mouth. 

banyak sangat benda yang berlaku. sekarang pun kalau orang tanya, macamana aku boleh lepas semua ni. macamana aku boleh dapat itu ini. 

cliche tak kalau aku jawab..

doa seorang ibu.

p/s: the feeling when we know "someone" really took care of our life is such a wonderful things. trust in ALLAH. HE really has a beautiful plan for you. the trial he gave you is a blessing. such a honor when we know he loves us. :)

everything happens with reason. trust ALLAH. he will never disappoint you. 

Tuesday, March 3, 2015

hampir

assalamualaikum.

3/3/2015

final sem. 

pejam celik. pejam celik. menangis, ketawa akhirnya 3 tahun berjaya berada di sini. 

alhamdulillah pada setiap kenangan, 
alhamdulillah pada setiap ilmu.
alhamdulillah pada setiap rindu. 
alhamdulillah pada setiap sayang.

rindu. rindu kenangan lama. 

rindu sekolah.
rindu sahabat.
rindu ketawa. 

tapi.. terima kasih untuk segalanya. 

pedih, tapi, terima kasih kenangan. 

semoga aku tidak memilih kembali pada kenangan. 

semoga, aku graduate dengan warna yang berterbangan. 

semoga awak yang membaca dikabul doanya, sayang. 

aamiin.

Thursday, January 29, 2015

.

want to be loved but afraid to be hurt

officially 22

hye me. hye 22.

feeling old ? feeling dying ?

22 tahun hidup.
22 tahun punya sejarah.
22 tahun punya bahagia.
22 tahun punya sedih.

22 tahun tahu erti sahabat.
22 tahun tahu erti sayang.
22 tahun tahu erti benci.
22 tahun tahu erti sakit.
22 tahun tahu erti keluarga.

22 tahun aku belajar

dan aku. masih belajar.

terima kasih 22.

terima kasih allah kerana pinjam kan 22 ini. 

terima kasih, aku, awak, kau, dia, mereka, semua.

senyum. sebab dunia terlalu hina untuk ditangisi. 

jantung

dikhianati oleh jantungnya sendiri.

jantung nya didalam peti.
ditanam di dasar yang sepi.

biar tidak disakiti
biar tidak dibenci

kerna ia pernah mengkhianati
kerna ia pernah dikhianati

kini dia tidak berperasaan
kini dia bersendirian

tanpa jantung yang pernah mengkhianatinya